Warkah Untukmu..

May 29, 2011 , Views: 370

Akhlak, Dakwah

Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh

 

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu….”

(Firman ALLAH Ta’ala dalam Surah AL-Maaidah,ayat ke 3)

 

Sekadar untuk mengingati sesama Muslim, ISLAM adalah agama kita, Al-Quran dan As-sunnah adalah peninggalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam untuk umat-umat yang disayangi. Namun adakah kita merupakan umat ISLAM yang sebenar-benarnya? Keislaman seseorang itu hanya ALLAH Ta’ala yang mengetahui.

Sedih dan kecewa pabila melihat, mendengar serta mengetahui saudara saudari SeIslam kita hanyut dalam arus kemodenan yang melanggari batasan syarak. Terutamanya remaja, tidak kurang juga yang dewasa mahupun yang berusia emas. Apabila ditegur, mereka menjawab ”kubur lain-lain”, ”takyah bussy body”..

Sesungguhnya, saya sendiri malu apabila melihat sahabat-sahabat Muslimah saya tanpa segan silu mendedahkan aurat, meneguk arak, berbahasa kasar yang terselit percakapan lucah serta mengamalkan seks bebas. Di mana salahnya? Ke mana perginya ISLAM dalam diri mereka itu sehingga sanggup berdosa asalkan bahagia di dunia? Adakah ini contoh Umat ISLAM?

Tidak kurang dengan sesetengah lelaki Muslim, sudah tidak dapat menahan nafsu, sanggup membayar untuk mendapatkan hubungan HARAM! Ada juga yang beratur panjang di kedai nombor-nombor ekor, semata-mata ingin menjadi kaya dengan cara yang HARAM. Pabila letih bekerja, ingin berhibur pergi ke tempat-tempat karaoke untuk melepaskan tension. Saya ulang semula, adakah ini contoh Umat ISLAM?

Fikir-fikirkanlah semula, bumi kita duduki ini dah tua, pelbagai tanda kiamat telah kita saksikan. Tak takut ke kalau kita tak sempat untuk bertaubat, akhirnya neraka menjadi tempat tinggal kita buat selamanya? Nau’zubillah hi min zalik. Saya tidak mahu diri saya dibakar di neraka, saya tidak mahu dipotong lidah atau mengalami apa-apa seksaan di alam barzakh mahupun neraka.

Apa yang perlu kita lakukan? Senang sahaja, amalkan ISLAM sebagai agama kita, Al-Quran dan As-Sunnah sebagai penyuluh jalan kehidupan di dunia agar kita boleh bahagia di syurga kelak. InsyaALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang. Jangan terlewat sehingga kita dilewatkan untuk menggapai keredhaan ALLAH Ta’ala. Wallahua’lam.

Maaf  andai teguran ini menyakitkan hati sesetengah pihak, ingatlah saya saudara ISLAM kamu, bertanggungjawab untuk menegur segala yang berkaitan ISLAM, saya tak suka AGAMA saya dipermainkan! Kembalilah ke pangkal jalan!

 

Related posts:

  1. Doa Tidak Termakbul?
  2. Laksanakan Perintah ALLAH S.W.T
  3. Cinta nabi tanda sempurna iman
  4. Assobaru Minal Iman
  5. Short Form!

About Sharifah Zuliana

Sharifah Zuliana Syed Jaafar, hanya insan biasa yang berusaha menggapai keredhaan ALLAH Ta'ala.

View all posts by Sharifah Zuliana