Bila terpandang tajuk akbar berita Harian bahagian Ratu bertarikh 3 mac 2011,tergerak lak hati nak kongsi dengan kawan-kawan pasal risiko-risiko untuk perempuan yang mengandung pada lewat usia. Bukan ape, ramai dari kita yang masing-masing nak kejarkan harta, kedudukan, kalau boleh nak ada kereta dan rumah sendiri sebelum kahwin. Ada yang x sampai jodoh, terlalu memilih jodoh, tak pun ada yang perlu tanggung keluarga dan adik bradik. Jadi, bila kahwin lewat, kita pun for sure akan mengandung pada usia yang sudah lanjut. Bukan disebabkan kahwin lewat saje, ada jugak yang dah kahwin awal, tapi belum diberikan rezeki lagi =(
Hamil pada lewat usia ni dah macam trend dah sebab bagi mereka walau lewat manapun usia, selagi mereka sehat, mereka boleh mengandung. Tapi ada jugak kawan- kawan kita yang kahwin awal dah tutup kilang pada usia 35 tahun ke atas. Persoalannya sekarang, adakah usia mempengaruhi kesuburan wanita untuk hamil?
SEMAKIN MENINGKAT USIA SEORANG WANITA, SEMAKIN BERISIKO BAGI MEREKA UNTUK HAMIL. Bagi mereka yang hamil pada usia lewat 30-an atau 40-an, mereka masih mampu untuk memiliki zuriat yang normal tetapi dengan berdepankan risiko yang tinggi sebab bila usia kita meningkat, tahap kualiti telur (ovum) yang dikeluarkan oleh ovari kita semakin rendah…
Jom kita tengok risiko-risiko bagi wanita yang hamil pada lewat usia:
1. Risiko KEGUGURAN disebabkan kromosom tidak normal dan telur yang tidak berkualiti bagi wanita lebih usia.
2. Ibu terdedah kepada penyakit yang agak bahaya. Contohnya: kencing manis dan darah tinggi
3. Risiko melahirkan ANAK YANG CACAT ATAU SINDROM DOWN disebabkan kromosom yang tidak normal dan usia telur yang telah “berumur”.
4. Bayi boleh MENINGGAL DALAM KANDUNGAN atau anak dilahirkan sebelum tiba masanya.
5. Bayi yang lahir kurang berat badan
6. Tidak dapat melahirkan anak secara normal. Jadi, si ibu terpaksa memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan.
7. PENDARAHAN yang banyak selepas bersalin
Penyelesaiannya:
Menurut Dr. Suhaimi Isa, Doktor Pakar Sakit Puan (Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur), risiko melahirkan anak sindrom down adalah tinggi dan tiada cara pencegahan kecuali melakukan keguguran. Doktor ni menasihatkan wanita hamil lewat usia ni untuk melakukan ujian sindrom down untuk detect samada kandungan mereka sindrom atau tidak. Keberkesanan ujian ini terbukti 80-85% tepat. Apa-apa pun dapatkan nasihat doktor dan sering melakukan pemeriksaan doktor semasa mengandung.
Bagi akak-akak di luar sana yang sedang hamil di lewat usia, lebih-lebih lagi dalam usia 40-an, tak perlu bimbang. Yang penting, rezeki Allah dah bagi. Normal atau tidak, terpulang kepada Qada’ dan Qadar. Yang penting kita tahu risiko dan cuba elakkan mengandung pada usia yang lanjut. So, solutionnya: KAHWIN LAH AWAL. =)
Indiamuslim.Com.My The Indian Muslim Online Community Portal A New revolution for Our Generation
