Assalammualaikum..
Kat bawah ni, saya selitkan beberapa “list” dosa-dosa berdasarkan Firman ALLAH Ta’ala dalam Qalam Suci Al-Quran. Jomlah kita cek, sama ada kita bersih dari melakukan dosa atau tidak.
1. Pernah Mengubah Wasiat?
”Kemudian sesiapa yang mengubah wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat ke 181)
2. Pernah Rasuah?
”Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
(Surah Al-Baqarah ayat ke 188)
3. Pernah Mengabaikan Perintah-Nya?
”Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah engkau kepada Allah, timbullah kesombongannya dengan melakukan dosa. Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam; dan demi sesungguhnya itulah seburuk-buruk tempat tinggal.”
(Surah Al-Baqarah ayat ke 206)
4.Pernah Amalkan Riba, Lupakan Sedekah?
” Orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya jual beli itu sama saja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.Allah susutkan riba, dan mengembangkan sedekah. Dan Allah tidak suka kepada setiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”
(Surah Al-Baqarah ayat ke 275-276)
5.Pernah Khianat?
”Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang yang khianati dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berkhianat, lagi berdosa”
(Surah An-Nisa ayat ke 107)
6.Pernah Berdusta?
“Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa”
(Surah Asy-Syuaraa ayat ke 221 dan 222)
7.Pernah Bersangka Buruk, Mengumpat?
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”
(Surah Al-Hujuraat ayat ke 12)
8.Pernah Mengabaikan Al-Quran?
”Dan sekiranya Kami turunkan Al-Qur’an kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab. Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Qur’an.”
(Surah Asy-Syuaraa ayat ke 198-200)
Banyak dosa-dosa disenaraikan olehNYA dalam Al-Quran, tetapi disebabkan ada dalam kalangan kita tidak mengambil inisiatif mendalami Al-Quran, maka bertambahlah mereka-mereka yang melakukan dosa. Amalkanlah Al-Quran dan Assunnah, pasti hidup kita akan terpelihara daripada melakukan dosa. Ingatlah sahabat-sahabatku, dosa itu mudah untuk dilakukan, tetapi azabnya teramatlah berat. Semoga kita semua terhindar dari melakukan dosa. InsyaALLAH ameen.
Related posts:









May 7, 2011 , Views: 171
Al-Quran, Dakwah