Pemuda KIMMA, Fairos MG & KIMMA (Geng Berani Berbincang Utk Menyelesaikan Masalah)

May 25, 2011 , Views: 654

Akhbar Digital, Community Submitted News

Assalamualaikum wbt, Apa khabar rakan-rakan indiamuslim.com.my? Harap semuanya sihat walafiat disamping keluarga yang tersayang. Agak bz juga mutakhir ini dengan kerja seharian tetapi dalam bz-bz ni sempat juga menjalankan tugas indiamuslim.com.my. Apa yang dapat saya share dalam post ini…jumaat lalu saya telah ke International Islamic Literary Conference yang dianjurkan lebih daripada 10 NGO indiamuslim di Malaysia ni termasuk KIMMA, GEPIMA, PERMIM Dan lain-lain lagi. Majlis pembukaan(MAKAN2) telah diadakan di PWTC, Kuala Lumpur (20 MAY 2011 ) dan seterusnya conference tersebut telah diadakan di University Malaya iaitu pada 21 &22 MAY 2011.

Agak ramai juga yang hadir ke event tersebut. …blurRrRrRRrR…ini post ttg KIMMA…so saya rasa tak perlu kot bagi info lain tentang conference tersebut. Hari kedua conference tersebut, saya dijemput oleh saudara Iskandar utk berjumpa dgn Ketua Pemuda KIMMA..yeah yang API tu..dengan orang2 KIMMA yang lain. Saya pun telah bersetuju dan perjumpaan telah diadakan di University Malaya dalam satu bilik tertutup. Dato syed tidak dapat hadir, yang datang Ketua pemuda KIMMA, Ketua Penerangan KIMMA, Tim. Presiden KIMMA, Ketua penerangan Pemuda Kebangsaan, Setuausaha kehormat KIMMA Kebangsaan, Tim. Ketua pergerakan Pemuda KIMMA Kebangsaan serta 4-5 ahli-ahli KIMMA yang lain. Agak kaku juga apabila dikelilingi dengan orang2 kuat KIMMA, fikir ni confirm susah nak cakap sebab akan kena fire balik…ye lah…dikelilingi oleh semua orang2 kuat KIMMA, dan saya seorang je nak bincang tentang perkara2 yang agak tidak puas hati dengan KIMMA….yeah..bukannya senang….

Apa2 pun ye lah…apa yang pernah saya tulis sebelum ini bukannya perkara fitnah atau salah. Memang betul!!! Orang KIMMA rasa ada yang tak kena, jadi kita pun duduk berbincang semula untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Agak kagum dan bangga apabila dapat lihat orang2 KIMMA yang sanggup datang dan berbincang tentang perkara2 yang dibawakan oleh indiamuslim.com.my. Bukan semua orang boleh ambil inisiatif macam mereka. Memang SALUTE!!!

Saya nak ambil kesempatan kutuk sikit perangai manusia2 yang ada masalah..tapi tak pernah nak ambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan akhirnya lari daripada masalah dan membuka persatuan lain dan akhirnya membawa kepada perpecahan kaum kita sendiri!!!Bila ditanya bagi pelbagai alasan…

Berbalik kepada perbincangan saya dengan geng2 KIMMA ni, tentang MARA. Saya yakin, hampir semua yang baca post ni telah tengok sendiri video Dato Syed yang dengan confident bagitahu KITA MELAYU..APPLY MARA..dan sebagainya. Setelah 6 bulan, sekarang semua result diketahui dan rata-rata ramai yang kean reject. Antara komen yang saya dapat daripada En. Mosin ( Tim. Presiden KIMMA) dalam perbincangan ini iaitu ” Sesiapa yang dapat result bagus, TRY untuk apply MARA, kalau kena reject, datang jumpa dengan ahli KIMMA, mereka akan TRY dapatkan untuk kamu”.

Jadi terus terang dlm meeting tu saya cakap, dulu orang KIMMA kalau cakap, tak guna ayat TRY..sekarang dah start gunakan ayat TRY..kalau dulu SEMUA BOLEH, CONFIRM BOLEH..sekarang “kita trylah ye..” Jadi itu msg yang disampaikan. Kita pun TRY percayalah yer…

Agak banyak juga isu yang diutarakan oleh KIMMA iaitu orang2 yang dapat biasiswah ni tak pernah muncul / tonjolkan diri mereka telah mendapat biasiswah. Mereka yang dapat biasiawah ni suka duduk diam. Yang bising biasanya yang tidak dapat. Adui…kasihannya. Logiknya tetap ada tetapi bukti masih tidak ada…tetapi tidak apa. Atleast saya dapat respon daripada duduk diam mcm tadek ape yang berlaku…

Saya diberitahu dalam meeting tersebut, jika ada masalah apa-apa, terus hubungi orang KIMMA agak semua masalah diselesaikan secepat mungkin. Banyak benda yang saya terus sound tepet, “bukannya orang tak call…dato syed tu 2x cancel appointment kita nak jumpa dia time tu” Then tak call2 sampai sekarang. Bila result keluar, memanglah indiamuslim.com.my akan mempersoalkan semua yang dijanjikan. Tapi sekarang diaorg dah bagi contact person yang lain. Kata mereka dato syed skrg bz dah, susah nak jumpa dan sebagainya. Dlm hati saya fikir…baru dgr dapat senator dah mcm ni…esok ni dah naik atas langit mane nk tgk bawah dah…pape pun wallahualam..saya doakan agar tak jadi la smp mcm tu yer…

Ada lagi satu benda yang agak menarik untuk diberitahu. Saya bgtau kat mereka, ramai juga yg emailkan kepada indiamuslim.com.my, minta pelbagai jenis bantuan. Ada yang minta bantuan warga indiamuslim dalam persekolahan, tidak ada duit, mak sakit, ayah tidak bekerja, tak dapat sara diri dan sebagainya. Dengan segera sorang wakil KIMMA katakan ” itu semua bagi kat GEPIMA” KIMMA susah nak settlekan benda2 ni…saya taktahu ayat tersebut keluar dgn nada sindir atau betul2, tapi agak terkejut juga time tu. Saya katakan, dulu kalau ade email-email seperti ini saya terus bagi number phone orang KIMMA. Tapi takpa…lepas ni maybe takleh bagi kat KIMMA benda2 bantuan macam ni….orang2 indiamuslim yang ade masalah2 macam ni…try contact orang GEPIMA sebab nampak macam KIMMA bagi certificate ni….hehe3…:P

Perkara2 lain yang dibincangkan tidaklah begitu serius. Banyak berkenaan internal conflict yang berlaku diantara KIMMA & Indiamuslim.com.my.Antaranya tentang kepercayaan yang diberikan, isu fitnah dan sebagainya. Semuanya dah settle, tapi ada 1 – 2 isu internal yang tak settle disebabkan orang yang difitnah tersebut tidak dapat hadir ke meeting tersebut. Sebenarnya tidak patut utk saya bgtau dlm post ni…tapi sedang saya type ni, arejug baru call katakan problem ni masih tak settle…tergerak hati utk bgtau kat sini agar masalah tersebut dapat disettlekan secepat mungkin sebab saya pun dah bagitahu depan2 dgn Pemuda KIMMA ni last week, sampai ke harini dia masih tak settlekan. Memang time dalam meeting kata semua benda boleh bincang…boleh settlekan..call sahaja..boleh settle…bla3…

Abdul Razak A.K.A arejug telah banyak kali memberitahu saya, Pemuda KIMMA (abg amir hamzah) ni fitnah dia macam2. Kata dia ni pro MALBARI….buat aktiviti2 semua untuk malbari ….arejug ni tak suka indiamuslim..dan sebagainya. Time jumpa dgn abg amir hamzah arituh, saya ada bgtau dia. Arejug call dia berkali-kali tapi dia tak jawap. Call arejug secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah tapi sampai kesaat saya buat post ni, dia tak call2. Memang perkara ini agak remeh, tapi ini berkaitan kredibiliti arejug dan indiamuslim.com.my yang dibawah jagaan beliau. Arejug kata benda ni tersebar luas dan menyebabkan beliau agak tertekan dengan orang KIMMA. Jadi saya nasihatkan cepat2 call arejug utk menyelesaikan masalah2 internal diantara “Pemuda KIMMA” dgn arejug ( indiamuslim.com.my) Utk makluman, arejug banyak habiskan masa beliau untuk aktiviti2 masyarakat indiamuslim selama ini. Sekarang pun masih aktif, cuba agak kurang disebabkan komitmen kerja dan sebagainya. Tapi sentiasa update!!!Memang tak patut keluarkan statement2 yang dapat menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Settlekan secepat mungkinlah yer…..semua benda boleh settle :)

Walaupun banyak masalah yang “hang”, tapi takpa lah…kita sama-sama cuba buat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang ada. Sama2 kita betulkan yang salah…tak semua benda perfect…sama2 kita cari punca masalah dan selesaikan…kita bagi masa…..semua kita ada komitmen masing2 dan perlukan masa utk membetulkan…sama2 kita betulkan…

Insyallah, saya akan cuba bantu sebaik mungkin as long as benda yang memberi kebaikkan bersama…..kepada PEMUDA KIMMA selamat berjuang…kepada KIMMA…selamat berjuang…erk..mesti ramai yang pelik. Kenapa saya ucapkan selamat berjuang kepada satu parti tetapi 2 kategori berbeza…? Sama..tapi tak serupa agaknya…

Apa2 pun SALUTE KIMMA atas perjumpaan tersebut!!! Ada sesape yang tak puas hati? Baik kamu jumpa…berbincang agar masalah dapat diselesaikan. Jangan lari daripada masalah….kutuk2 di FB dan kemudiannya menyorok dibelakang…berani kerana benar!!!

*Ada byk lagi isu yang nak bgtau..agak kesempitan masa….insyallah nnt saya sharekan lagi….:)

Related posts:

  1. Indiamuslim.com.my dapat RM50,000 daripada KIMMA??
  2. Program Transformasi 1 Malaysia Pemuda KIMMA Kebangsaan
  3. Program Derma Darah Anjuran Pemuda KIMMA Negeri Perak
  4. KIMMA Kata Mamak Melayu…Confirm Dapat MARA…
  5. Pemuda KIMMA kata Mereka API…Huh?

About FaIrOs MG

Fairos MG seorang blogger sambilan... Utk hubungi beliau, anda boleh email terus kepada fairos[at]indiamuslim.com.my

View all posts by FaIrOs MG
  • Zauza Bee

    Indian Muslim bila nak bersatu?  Jika menyelami hati budi mereka,,,,,rasis .  Harap KIMMA dapat menyatu padukan semua India Muslim tidak kira tamil, malbari, entah apa-apa lagi kasta.

  • amir

    KITA BUKAN MELAYU! KITA ORANG KETURUNAN INDIA YANG BERAGAMA ISLAM .ITU SAHAJA .SAMA MACAM INDIA HINDU DENGAN INDIA KRISTIAN .KITA INI BANGSA INDIA ,CUMA AGAMA SAHAJA ISLAM .SO JANGAN KITA NAK BERANGAN NAK JADI MELAYU.MALU KE NAK MENGAKU INDIA .SEDARLAH BENDA IN!  KITA  BUKAN BUMIPUTERA PUN.CONTOHLAH ORANG CINA YANG BERAGAMA ISLAM .DIORANG TAK PERNAH NAK BUAT APA APA ISU .SAYA MALU DENGAN BENDA INI,