MyBrain15
Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:
MyPhD
MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
MyMaster
MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
PhD Industri
PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini juga adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.
Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI)
SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu “Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi”. Dalam RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan manakala sebanyak 60% di IPTA lain. Pengajian ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ fellow yang berkhidmat di IPTA sahaja.
Info ini khas buat mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, akan tetapi, tidak mempunyai sebarang sumber biasiswa dan kewangan. Rebutlah peluang baik ini secepat mungkin! InsyaALLAH anda salah seorang yang bakal terpilih untuk menerima pembiayaan di bawah Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)!
Untuk maklumat lanjut, sila layari : Klik Sini
Related posts:
- JPN kata Mamak Bukan Bumiputera…IPTA Reject Mamak sbb bukan Bumiputera !KIMMA kata mamak bumiputera?
- Run For Excellence Oleh USM
- Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 ( Jom Masuk U )
- Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012 / 2013
- Cara tuntutan baucar buku RM200 untuk pelajar IPTA/IPTS








March 7, 2011 , Views: 155
Pinjaman / Biasiswa