Tujuan msg ini bukan untuk mengutuk KIMMA…kami hanya ingin tunjuk bukti tentang status MAMAK & BUMIPUTERA SAHAJA
Assalamualaikum wbt, Apa khabar rakan-rakan di indiamuslim.com.my? Harap semuanya sehat walafiat disamping keluarga yang tersayang. Alhamdulillah, ramai diantara pelajar-pelajar indiamuslim yg mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan SPM 2010. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua mereka yang telah berjaya.
Untuk makluman semua, kami indiamuslim.com.my “masih” secara sah adalah rakan media KIMMA ( Malaysia Indianmuslim Congress ) dimana kami sentiasa menjanjikan untuk share maklumat-maklumat berkaitan KIMMA. Bagi kami di indiamuslim.com.my, kami cuba untuk sedaya upaya membantu KIMMA dlm merialisasikan misi dan visi mereka dalam memartabatkan serta menjaga nasib kaum indiamuslim di Malaysia.
Untuk dijadikan cerita, sebelum Majlis Makan Malam bersama PM…satu meeting khas telah diadakan dipejabat KIMMA dimana mereka mempelawa wakil indiamuslim.com.my untuk turut serta dalam rancangan mereka untuk mengacukan majlis makan malam tersebut. Ketika itu…saya, Razak ( arejug) dan mazwin (pinkybrain) telah ke pejabat KIMMA untuk mendengar sendiri rancangan mereka untuk membantu kaum indiamuslim di Malaysia. Memang 1st agak panas disebabkan mereka tidak puas hati dgn indiamuslim.com.my. Mereka kata ” indiamuslim.com.my ni sgt laser sebab sentiasa kutuk KIMMA di forum mereka” dimana semuanya FITNAH. Banyak lagi yang mereka katakan tentang indiamuslim.com.my dimana memang saya dan arejug dah sangka ketika itu. Kami katakan, itu ada user-user kami dimana user di forum diberi kebebasan untuk bersuara. Jika mereka ada apa-apa soalan, mereka akan tanya di FORUM…jika org KIMMA rasa itu adalah fitnah..orang KIMMA balaslah balik. Tunjukkan yg KIMMA ni betul. Cuba tukar pendapat youth yang ada sekarang daripada suruh kami delete/remove post tanpa sebarang komen / balas. Banyak juga yang Dato Syed & rakan-rakan beliau sembang ketika itu.
Ikutkan apa yang Dato syed ceritakan, memang kami rasa sangat kasihan. Boleh kata, air mata pun boleh keluar time tu…dari perjuangan KIMMA membantu orang miskin, sampai ke memberi dana kepada pelajar dan sebagainya. Hampir 2 JAM juga kita sembang dimana 100% kami buat keputusan nampak mcm KIMMA ni memang betul-betul berjuang untuk kaum indiamuslim. Pada ketika itulah bermula, indiamuslim.com.my menjadi rakan media KIMMA dan kami cuba mempromosikan segala aktiviti yang KIMMA organize / sponsor dan sebagainya. Saya, arejug dan rakan-rakan lain di KL ni tak putus-putus membantu KIMMA ketika itu…boleh kata..bulan 10 2010 kita bantu KIMMA…tup2 bulan 12 tetiba indiamuslim.com.my terus berdiam diri dan tidak lagi mempromosikan KIMMA
Ramai yang tanya kenapa indiamuslim.com.my tiba2 diam…?Ada masalah ke dgn KIMMA? Atau ada internal problem dgn rakan-rakan indiamuslim.com.my? 1 sahaja yang dapat saya katakan…indiamuslim.com.my yang satu ketika dahulu sangat aktif mula dapat masalah apabila membantu KIMMA….Rasa tidak puas hati dan sebagainya mula timbul sebab ada yang suka..ada pula yang kutuk…kami pula tak dapat nak happykan hati semua orang…habis kelam kabut indiamuslim.com.my…pelbagai masalah internal yang timbul..termasuk tentang website KIMMA yang kami buatkan secara FREE sahaja. Jika rakan-rakan masuk www.kimma.my itu adalah official website KIMMA yang kami buatkan secara PERCUMA. Tengok betul2…website itu layout semua dah siap..tapi apa nak buat…content dari pihak KIMMA..sampai sekarang kami tak dapat…yang disalahkan bukan orang yang patut bagi content..yang disalahkan adalah indiamuslim.com.my sebab website tak siap. Bukan website yang tak siap, content yang tak ada. Kami tak berhak untuk letak content sukati sahaja…
Untuk makluman, post ni bukan untuk Kutuk KIMMA..post ni adalah untuk membetulkan beberapa perkara yang telah kami siarkan satu ketika dahulu. Ayat2 yg pernah kami sebarkan “Mamak Adalah Melayu“, “Kita Layak Dapat MARA” dan sebagainya adalah datangnya daripada pengaruh KIMMA. Kami disuruh sebarkan ayat-ayat tersebut. Mungkin kerana terlalu mempercayakan KIMMA ketika itu, dan kini..setelah 5 bulan menunggu, semuanya terjawap apabila user-user indiamuslim.com.my datang kepada kami dan bubuh balik kami disebabkan ayat-ayat yang telah kami sebarkan. SEKARANG Ramai pelajar kaum indiamuslim yang dapat keputusan cemerlang tercicir daripada UPU!!!KEPUTUSAN TELAH KELUAR DAN SEMUANYA TELAH TERJAWAP…
Kami dari indiamuslim.com.my disini hanya ingin membuktikan kata-kata yang datang bukan dari kami, tapi adalah datangnya dari “JANJI KIMMA” kepada kami. Baru-baru ini ada yang minta bukti pula…sebab katanya PM PUN TAK CAKAP KITA BUMIPUTRA..SIAPA PULA YANG BAGITAU INDIAMUSLIM.COM.MY???jadi kat sini saya sertakan sedikit bukti..sorry sebab video ni pendek…tiada subtitle….
*Untuk makluman, video penuh ini diambil kira-kira untuk 1 JAM…pelbagai benda telah dibincangkan dalam video ini…yang penting untuk topic ini hanya 2 ini sahaja…sesiapa nak video penuh boleh email saya….agak buang masa untuk upload kesemua 1 JAM…mungkin saya boleh berikan dlm bentuk DVD…
*Mungkin KIMMA ada video yang membuktikan PM kata indiamuslim adalah bumiputra…kalau ada tolong emailkan kepada kami…kami masih kasihankan KIMMA walaupun ramai yang meninggalkan indiamuslim.com.my kerana menjadi “rakan media KIMMA”…
Video 1
Video 2
*Ambil yang jernih..buang yg keruh…utk pengikut KIMMA..aku bukan anti KIMMA…juz aku perlu jaga indiamuslim.com.my.. ![]()
Related posts:









May 11, 2011 , Views: 1102
Akhbar Digital, Community Submitted News