Sertai Kami

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk sama-sama sertai keluarga kami di indiamuslim.com.my dalam menerajui Portal Komuniti NO 1 India Muslim Malaysia. Tidak kira anda seorang pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA / IPTS, sedang bekerja, sehinggalah anda seorang yang sudah pencen, anda masih boleh menyertai kami. Anda seorang ahli / peneraju persatuan indiamuslim di sekolah, IPTA / IPTS, madrasah, kerja atau dimana-mana, anda juga boleh menyertai kami.  Pendek kata, tidak kira anda daripada kategori / bidang mana, anda semua boleh sertai kami. :) Anda tidak perlu menjadi seorang pelajar IT untuk membantu kami.

Kami amat memerlukan bimbingan setiap daripada anda untuk kita sama-sama dapat menerajui portal komuniti ini kearah yang lebih berkesan dan proaktif. Jika anda berminat untuk sertai kami sebagai Volunteers (Sukarelawan), sila isi borang dibawah. Ianya adalah PERCUMA.

Segala maklumat yang diberikan dibawah adalah sulit dan kami berjanji tidak akan menyalah-gunakan segala informasi yang diberikan.

Kami mengalu-alukan volunteers (sukarelawan) yang berminat menganjurkan aktiviti atau berkerjasama dengan indiaMuslim.com.my dalam menjayakan apa-apa jua aktiviti. Pengiktirafan piawaian aktiviti perlu dari IndiaMuslim.com.my sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Sesungguhnya kami berminat dengan idea dan aktiviti yang menarik.

Sebagai volunteers, anda juga boleh memberi cadangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dibawah indiamuslim.com.my dengan syarat anda mengikuti piawaian yg telah kami tetapkan. Kami akan menilai dan memberikan sokongan penuh terhadap apa-apa cadangan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan.

Borang Penyertaan

Nama Penuh (wajib) :

Email (wajib) :

No Tel (wajib) :

Gambar Anda (Kualiti Bagus) :

Alamat (wajib):

Perkerjaan (wajib) :

Syarikat atau IPTA / IPTS (harus):

Apa yang menimbulkan minat anda untuk menyertai kami?