Selamat Datang Ke Portal Komuniti NO 1 India Muslim Malaysia www.indiamuslim.com.my
Portal merupakan sebuah tapak, lokasi perhimpunan dan berjumpaan keahlian yang ditentukan untuk berbincang, bermuafakat serta mengumpul pendapat tentang beberapa keperluan untuk memastikan ketentuan yang tepat dalam perlaksanaan beberapa perkara dan isu semasa.
Siapa Kami?
Portal Komuni www.IndiaMuslim.Com.My adalah satu-satunya portal komuniti di Malaysia dengan ahli melebihi 4500 orang ( 2011 ) . Portal IndiaMuslim ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 10 Januari 2008. Ianya dibina khas untuk masyarakat IndiaMuslim di Malaysia khususnya bagi berkongsi bersama pengetahuan, aktiviti-aktiviti bersama serta kebudayaan masyarakat IndiaMuslim di Malaysia. Portal komuniti ini adalah titik usaha bersama pelajar-pelajar IndiaMuslim ( pada ketika itu ) di Malaysia dan masyarakat IndiaMuslim di Malaysia.
*Sekarang Tahun 2011, ramai diantara kami yang sudah bekerja, melanjutkan pelajar di luar negara, mendirikan rumah tangga dan sebagainya. Tetapi alhamdulillah, atas sokongan dan kerjasama kumpulan kami yang sangat baik, kami dapat terus melangkah kedepan.
Portal ini pada awalnya ditubuhkan untuk semua peringkat umur tidak kira kepada yang tua ataupun muda. Walaubagaimanapun, golongan belia lebih cenderung untuk melawati portal komuniti ini. Ini mungkin disebabkan kami yang membuat serta menyelengara portal ini terdiri daripada golongan belia dan kami lebih menekankan pengunaan portal ini kepada golongan belia.
Informasi-informasi yang biasa kami paparkan diportal ini adalah seperti ceramah motivasi yang diadakan di Malaysia, perasmian madrasah / masjid, aktiviti-aktiviti bersama yang dilakukan oleh masyarakat IndiaMuslim di Malaysia dan sebagainya. Kami menyentuh semua aspek yang dapat membantu mendidik masyarakat IndiaMuslim. Bagi kami, ilmu pengetahuan adalah sangat penting bagi mendidik generasi akan datang. Jadi, kami lebih menekankan aspek itu daripada hal-hal lain.
Kenapa Kami Memilih Portal dan pelayar Internet?
Apa yang kami lihat, tanpa kos yang tinggi serta ilmu yang kami ada, kami ingin gunakannya sebaik yang mungkin. Kami memilih Internet kerana kami yang memulakan portal ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang kami pelajari iaitu Information Technology ( IT ). Kami cuba untuk gunakannya sebaik yang mungkin dan alhamdulillah, sudah lebih tiga tahun portal ini ditubuhkan, dan hari ini portal ini telah berjaya mengumpul lebih 4500 orang ahli, dapat menganjurkan lebih 13 aktiviti bersama ahli dan juga pertubuhan – pertubuhan India Muslim yang lain.
Pencapaian IndiaMuslim.Com.My
Banyak yang dapat dibanggakan kerana dalam usia tiga tahun, telah banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan yang diacukan oleh ahli-ahli portal ini. Walaupun kami bukan organisasi yang mementingkan keuntungan / membuat keuntungan, kami berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat India Muslim dari tahun 2008 sampai sekarang. Antara aktiviti-aktiviti yang terbesar kami anjurkan sepanjang 3 tahun ini
a) Padang Kota 1st Gathering 2008 ( Penang )
b) Gathering www.indiamuslim.com.my Members 2008
c) Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim 2008 ( Kuala Lumpur )
d) Gathering Raya 2008 ( Kuala Lumpur )
e) IM Amazing Race 2009 ( Bukit Jalil, Kuala Lumpur )
f) Forum Anjakan Paradigma 2009 ( Penang )
* www.imfriends2u.com Launching Ceremony
g) Majlis Berbuka Puasa Amal 2009 ( Kuala Lumpur )
h) Majlis Berbuka Puasa Amal 2009 ( Penang )
i) Amazing Race 2010 ( Penang )
j) Penang Heritage Day 2010 ( Penang )
*Kapitan Keling Website Launching By Penang Gabenor and sponsored by indiamuslim.com.my
k) Majlis Berbuka Puasa Amal 2010 ( Kuala Lumpur )
l) Gathering Picnic 2010 ( Kuala Lumpur )
m) Fun With Bowling 2010 ( Penang )
Official Logo ( Lama )
Portal V1 & V2
Portal V1 ( 2008 )

Portal V2 ( 2010 )

Pengenalan V3 ( 2011 )
Kami ingin melangkah lebih jauh kehadapan, dengan V1 & V2 perkembangan kami agak terbatas. Mungkin kerana ” development” portal tersebut agak ketinggalan. Anda dapat lihat hampir 90% struktur website V3 telah diubah dan rata-rata ia lebih laju &, tersusun dan informatik. Kalau dahulunya kami hanya tertumpu pada forum, tapi sekarang ada banyak “features” baru yang lebih bermanfaat dan mantap disediakan.
Official T-shirt ( 2008 – 2010 ) – HABIS DIJUAL -
Special Edition Tshirt Keluaran Indiamuslim.Com.My – HABIS DIJUAL -
Official Sticker Kereta Indiamuslim.com.my & Imfriends2u.com ( Masih AVAILABLE – Utk order, sila email ke help[at]indiamuslim.com.my )
Pencapaian
TOP 5 Pemenang Anugerah Cabaran e-kreatif Pulau Pinang ( Anugerah Portal Terbaik ) 2009 Anjuran Perbadanan Pembanggunan Pulau Pinang & MDEC
Kelemahan Kami
Adalah penting bagi kami memberitahu kelemahan kami kerana mungkin anda dapat menghulurkan bantuan setakat yang anda mampu. Kami ingin pergi jauh, dimana teknologi membawa kami bersama. Masalah server adalah masalah paling besar bagi kami dimana kami tidak dapat menampung kos server yang sangat tinggi. Ini adalah disebabkan users yang semakin hari semakin ramai menggunakan portal ini. Jadi, kami amat berharap agar anda dapat sama-sama menghulurkan bantuan setakat yang anda mampu untuk sama-sama kita terus menghidupkan website komuniti ini bersama. Kami sentiasa menerima cadangan / komen / pendapat bagi meneruskan portal komuniti ini. Kami juga amat mengalu-alukan penyertaan anda sebagai ahli komiti untuk sama-sama berganding bahu menjayakan portal komuniti ini. Kepada yang ingin menjadi sponsors / advertiser indiamuslim.com.my, anda boleh terus email kepada help@indiamuslim.com.my . Anda juga boleh email untuk segala perkara yang berkaitan indiamuslim.com.my & imfriends2u.com Kami dari seluruh warga Indiamuslim.Com.My amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk menyertai ahli komiti kami ( Percuma )











