Thursday , 17 April 2014
Breaking News

JPN kata Mamak Bukan Bumiputera…IPTA Reject Mamak sbb bukan Bumiputera !KIMMA kata mamak bumiputera?

Update : 19 Oct 2011
Akhirnya!!!Adik amirah berjaya dapat tempat di UIA hasil bantuan KIMMA Kebangsaan.
 
 
Amirah tidak penuhi syarat Oleh Nik Sukry Ramli

2011/08/25

Hanya lulusan STPM, matrikulasi boleh ikuti pengajian perubatan IPTA

KUALA LUMPUR: Universiti awam di negara ini hanya mengambil pelajar lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program matrikulasi bagi mengikuti pengajian bidang perubatan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Datuk Rujhan Mustafa.

Sehubungan itu, katanya, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Amirah Farveen Basheer Ahamad, 18, tidak memenuhi syarat pengambilan program perubatan walaupun mendapat 9A dalam SPM lalu.

Katanya, semakan sudah dilakukan pihaknya melalui rekod Unit Pusat Universiti (UPU) dan mendapati Amirah menghantar permohonan bagi mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kami mengambil kira semua faktor sebelum menerima atau menolak permohonan dikemukakan oleh semua calon. Dalam kes (Amirah) ini, ada beberapa faktor yang mengakibatkan beliau tidak ditawarkan memasuki mana-mana IPTA.

“Bagi permohonan ke UIAM dan UiTM, taraf kewarganegaraan diberi keutamaan. Untuk itu kami bergantung kepada maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan status Bumiputera tidak dipenuhi oleh ibu atau bapa Amirah, berikutan rekod JPN menyatakan ibu bapanya adalah India Muslim,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kekecewaan Amirah yang gagal melanjutkan pengajian ke IPTA.

Prof Rujhan berkata, permohonan Amirah ke USIM juga tidak dapat diproses dan diluluskan kerana beliau tidak mempunyai kepujian dalam subjek Bahasa Arab, dan markah diperoleh juga tidak mencapai markah maksimum ditetapkan untuk permohonan program dipilih.
Selain itu, katanya, proses pemilihan dan surat tawaran dikeluarkan berdasarkan pilihan calon, manakala tempat disediakan bagi kursus dipohon (Amirah) terhad sedangkan ramai calon berkelayakan memohon.

“Amirah bagaimanapun masih berpeluang untuk mencapai cita-citanya memperoleh ijazah perubatan dan seterusnya menjadi doktor dengan meneruskan persekolahan di tingkatan 6 atau mengikuti program persediaan di mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti dilakukannya sekarang,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Ideal Heights, Bukit Idaman, Batu Caves, itu memperoleh 9A dalam mata pelajaran utama, antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kimia dan Biologi.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amirahtidakpenuhisyarat/Article/index_html

……………

p/s : seperti yang diketahui umum, kita bukan BUMIPUTERA!!! Kalau anda ditipu oleh mana-mana pihak, sendiri fikir la…cuba tgk alasan yang diberikan…”atas beberapa sebab”….tapi diberikan 1 sebab iaitu ibu-bapa pelajar tersebut adalah indiamuslim!!!Sedar diri sikit…kita dipinggirkan!!! Kita tgk siapa bantu pelajar nih….

BAPA and MAK dia indiamuslim….anak terima nasib mcm ni….esok ni siapa berani nak kahwin dgn bangsa sendiri? Bila orang kita kahwin dgn bangsa lain…orang kita nak bising2….kata mamak tak sedar diri / lupa diri dan sebagainya…..kata diaorg nak pupuskan indiamuslim di Malaysia….Macam mana nak kekalkan identity indiamuslim kat Malaysia?? Semua akan risau dgn hidup anak2 mereka!!

Nasihat saya…esok ni jangan sampai satu masa Kongres Indian Muslim Malaysia tak ada satu indian muslim pun…nama jer indian muslim…

Kpd wakil2 KIMMA, saya cabar kamu tentang isu ni! Saya cabar kamu bantu budak ni, buktikan kepada umum pelajar indiamuslim layak ke UIAM / UITM mana2 university setaraf! Bukan suruh diaorg masuk kolej swasta, ambil loan PTPTN, dan membebankan seumur hidup mereka bayar loan PTPTN!!!PTPTN takyah KIMMA mintakkan untuk student tersebut. Budak tu mintak sendiri pun leh dapat. Itu bukan nak tolong….itu ALONG!!Jangan fikir PTPTN tuh biasiswah! Itu loan belajar! Pegi tanya budak2 yg ambil PTPTN, beban bayaran balik mereka sangat2 tinggi!!!

Buktikan kpd semua…..masyarakat indiamuslim tidak dipinggirkan oleh mana-mana pihak! Buktikan kpd umum, anda betul2 relevan kepada masyarakat indiamuslim! Ambil peluang ini!!!Kami nak baca dalam paper sama, KIMMA buktikan pelajar Indiamuslim tidak dipinggirkan!!Pelajar tersebut akhirnya dapat tempat di university tersebut!! Semoga BERJAYA!!

*Damn….why am i so racist?Wagggh!!! Standardize everything !!! One for all…all for one !!!

 

Updated on 26 August 2011

kongress india muslim Malaysia

Amirah Parveen telah meminta pertolongan daripada KIMMA rupa2nya...

*Kami akan update post ini bila dpt apa2 info berkenaan.

About Fairos Fedora

Fairos seorang blogger yang suka berkongsi maklumat tentang persekitarannya...Utk hubungi beliau, anda boleh email terus kepada fairos[at]indiamuslim.com.my
  • Ajanabee

    apa kata minta pelajar ini masuk matrik, score yg terbaik dan minta course medic

  • Ajanabee

    apa kata minta pelajar ini masuk matrik, score yg terbaik dan minta course medic

  • iamtheone2020

    salam,juz nak bagi pendapat..
    Actually kes ni sama cam kes saya..dulu saya apply tuk masuk asasi um n uitm gak..n x dpt sbb india muslim..
    tp mmg x de jalan pintas tuk masuk medic trus dari spm..must go thru asasi,form 6 or matrik.

    so disebabkan x dpt saya pun masuklah matrik dgn sedihnye..mula2 tu mmg sedih skt sbb org kata matrik last choice kn..
    but alhamdulilah saya berjaya dpt 4 flat kat matrik n mntk medik kat ipta n dpt..
    so,masuk la matrik..actually matrik plg sng nak score kalo dibandingkan dgn asasi n form 6,,seriously..n jln plg mudah nak amik medic bg saya la..

  • Amirah

    SALAM. The problem is I didn’t get matrix also. 

  • iamtheone2020

    o..ic..hmm,hav u tried to appeal for the matrix?what did they say?
    so, now u r in form 6 is it?

  • http://lifeissimplela.blogspot.com Ibn Shajahan

    kalau UIA dia minta masuk foundation tak? kalau nak masuk apply course lain
    (like pharmacy),then bolih change course….

    • iamtheone2020

      yup..dulu akak saya cam tu gak..dpt asasi sains je then score yang tbaik n apply tuk change course b4 amik degree..insyaAllah blh dpt tukar..

  • GPP Penang

    kena cuba dapatkan biasiswa lain..dari swasta..

    • iamtheone2020

      ssh bro nak dpt scholar swasta ..lagi2 kalo nak stdy private..

  • Anonymous

    Sebentar tadi baru update dari adik amirah parveen, dia sedang buat foundation in sc­­ kat MAHSA..dibiayai oleh ayah dia…bukan mana2 parti/persatuan….even tiada biasiswah dari MAHSA…..dia still pending kena bayar RM 8000­­…Dia kata KIMMA kata nk bantu dia masuk UIA….dan sedang tunggu reply dari KIMMA….so far masih menunggu…

  • Dr_basri

    heheh, KIMMA again… we see what they do…. jgn mcm selalu., ckp je tp apa pun xjadi

  • Sofia

    Which is why i always hated malays and government. I scored 10A’s in SPM, dying to be medical doctor but due to my status as indian muslim, i was rejected by MARA. And now i’m nobody. Instead this stupid government gave opportunity to stupid malay kids in some felda to go to overseas. Everything is double sided in malaysia. Org melayu xkan pandai dan maju walau berapa banyak pun dibantu kerajaan, a hard cold fact that is always denied. Fuck this government!

    • GoGo

      marry a melayu..at least your child will have a better future…sad malaysia..

  • http://profile.yahoo.com/YZNYAQHJ4UWBELZH76DNMCZGFI Farith

    anne MG vaalge..
    hehehe..
    Assalamualaikum sume..
    ape kabo?

  • Maglinjolly

    Hello all….samalah kes anda dengan kes anak keturunan Cina + Kadazan kat Sabah. UITM mmg tak dapat masuk pun. Drg cakap itu untuk bumiputera. So kalau ada saja nama cina walaupun hampir terpadam dah semua darah keturunan cina tu, begitulah juga ceritanya. But be positive sajalah. Jangan mudah putus asa….jgn juga terlalu mengharap….sometimes, bagi kami kaum campur2 ni, terpaksalah pergi belajar dgn duit sendiri. Tak tau nak mengharap dengan siapa walaupun result bagus…:)

  • Insan prihatin

    nabi kita ajar umat islam benda ni ke?

shared on wplocker.com