Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh…
Bertemu kembali, kali ini untuk membincangkan tentang ”Highway Syaitan”, atau untuk memudahkan pemahaman kita ia adalah jalan pintas syaitan.. Demi keselamatan rumah, kita memasang grill, kita memasang alarm lah, dan ada yang gunakan perkhidmatan security.
Namun, tahukah anda ada lagi barang berharga yang perlu kita jaga… ia sentiasa bersama kita, walau ke mana kita melangkah pergi.. tapi kita kurang memberi perhatian terhadapnya.. tak dapat agak lagi apakah ia? ya, pandai pun, Ia adalah MULUT..
Dengan adanya anugerah ALLAH iaitu mulut, kita dipermudahkan utk bercakap, makan, minum dan sebagainya.. dan tahukah kita mulut adalah highway untuk syaitan masuk melaluinya? tak tahu bagaimana? ia terjadi apabila kita MENGUAP tanpa menutup mulut yang terbuka dengan tangan, tidak menahan dari terbukanya mulut dan tidak mengucapkan :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:
”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”(Muslim)
Sebab apa anda mudah marah, mudah mengantuk, mudah malas, mudah mengeluarkan kata-kata tidak baik? sebab dah anda bagi green light kepada syaitan untuk masuk sendiri ke dalam badan anda. Nak salahkan syaitan, syaitan akan menjawab ”Saper suruh tak tutup mulut?”. Terkono plak den (loghat nogori)
ALLAH Ta’ala benci andai kita ”menguap” nak tau kenapa? Sebab….
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”
Riwayat al-Bukhari
Jangan pandang remeh akan perkara kecil ini, bayangkan sekali menguap seekor syaitan masuk, kalau 1000 kali menguap??? ”Fuh! banyak giler setan dalam badan ko!”
Apa yang perlu kita buat kalau rasa nak menguap? senangjer.. ikuti tips di bawah ini ye.
1) Cuba sedaya upaya menutup mulut, biarlah hidung kembang ke ape ke..
2) kalau tak tahan gak, bila mulut terbuka tutuplah mulut dengan tangan..
3) dalam hati sebutlah A’uzubillah himinasyaitonnirrajim..
4) akhir skali Istighfar sebentar.
Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan ALLAH Ta’ala.. InsyaALLAH ameen.
Related posts:










May 20, 2011 , Views: 344
Akhlak, Dakwah