Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh..
Jom ikuti panduan ringkas solat Aidil Adha.. Semoga bermanfaat.. insyaALLAH..
Tahu tak apa hukum solat ni? Hukumnya adalah Sunat Muakkad iaitu solat sunat yang dituntut.
Panduan:
(1) Takbiratul ihram (ALLAHU AKHBAR)
*Niat solat: Lafaz niat.
- ” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” ( untuk solat seorang diri ).
-” Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam).
-” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” ( jika jadi imam).
Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut.
Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.
(2) Membaca doa iftitah.
(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
(4) Membaca fatihah dan surah Al-A’laa..
(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.
(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
(7) Membaca fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah.
(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
(9) Memberi salam.
(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa
(11) Membaca dua Khutbah. ( sekiranya bersolat secara berjamaah )
Peringatan:
(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).
(c) Bacaan surah Al-A’laa dan Al-Ghaasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut.
(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja.
Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya:
“Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).”
(al-Bukhari)
p/s: Selamat Menunaikan Solat Aidil Adha…
Related posts:









November 5, 2011 , Views: 278
Bimbingan, Ibadah