Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2011

February 24, 2011 , Views: 205

Pinjaman / Biasiswa

Assalamualaikum Wbt, disini ada 1 informasi yang agak berguna kepada mereka yang sedang mencari biasiswa tajaan kerajaan jepun 2011

Tarikh Tutup
01 Mac 2011

Tempat
Jepun

Tempoh
1 ½ Tahun (Oktober 2011 – Mac 2013)

Rujukan

* http://www.my.emb-japan.go.jp
* Kenyataan Akhbar (B.Melayu / B.Inggeris)

Kategori

Warganegara Malaysia

Kursus yang ditawarkan
Latihan Perguruan

Syarat-syarat Permohonan

* Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2011;
* Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar; dan
* Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

* Berkhidmat secara tetap;
* Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
* Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula;
* Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
* Telah mengisytiharkan harta;
* Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2007, 2008 & 2009);
* Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
* Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
* Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);

Dokumen Permohonan

* Application Form
* Application Form (Annex)
* Guidelines
* Health Certificate
* Recommendation Form
* Checklist

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut :

* Borang JPA(L)LDP 1A/96
* Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]

*Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.
*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad)

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke Jabatan ini.

**Manakala bagi kakitangan Kerajaan dibawah Skim Perkhidmatan Pendidikan, permohonan hendaklah melalui Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM.

Untuk keterangan lanjut KLIK SINI

 

Pegawai Bertanggungjawab:
Puan Noor Zahrina binti Abdul Samad
Tel : 03-8885 3555
Faks : 03-8889 2171
E-mel : zahrina.samad@jpa.gov.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Puan Raziyani binti Ibrahim
Tel : 03-8885 3519
Faks : 03-8889 2171
E-mel : raziyani.ibrahim@jpa.gov.my

Related posts:

  1. Kejohanan Futsal Piala Biro Penerangan KIMMA Kebangsaan 2011 ( 9 Okt 2011 )
  2. Tajaan Biasiswa The Star ( The Star Education Fund )
  3. Syarat Kelayakan & Dokumen Utama Bagi Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  4. Borang Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  5. Biasiswa Dalam Negara Yayasan Telekom Malaysia 2012

About Admin

Indiamuslim.com.my Administrator

View all posts by Admin