Antara koleksi doa-doa penawar dari hadis nabi

February 16, 2011 , Views: 936

Bimbingan, Sirah

Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) :

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)

2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :

بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)

3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Maksudnya : “Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.”
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)

4. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Maksudnya : “Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan.”
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

semoga koleksi doa-doa penawar yg dikongsikan pd kali ini akan membawa manfaat untuk semua.  Selamat beramal! :)

*Untuk Koleksi Doa-Doa Harian Klik Sini

Related posts:

  1. Isu Malabari : Kenyataan Terbuka Dari YB Senator Dato Syed Ibrahim bin Kader
  2. Jemputan Dari GEPIMA ke Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Hari Raya Di Madrasah Al-Hirah
  3. Hukum Lelaki Memakai Inai
  4. Assobaru Minal Iman
  5. Cinta nabi tanda sempurna iman
,

About Admin

Indiamuslim.com.my Administrator

View all posts by Admin
  • nafees

    alhamdunilah.. harap akn ade byk lg doa lepas nie..so,lps nie nk tgk ‘koleksi2 doa penawar hati’ masuk kt sin jer..senang.! xyah susah2 nk g cari kt site lain yg sumtime contents x lengkap..terbaek.!

  • http://www.jomhadis.blogspot.com/ MuzzamMiL

    Assalamualaikum wbk..

    Salam ziarah wahai sahabat..   ;)

    RasululLah SAW bersabda: 
    “Sesiapa yang tidak menyayangi,tidak disayangi”

    (Riwayat Al-Bukhariy)

    http://www.jomhadis.blogspot.com/2011/05/menyayangi-makhluk-allah.html